Skip to main content
PENGGUNAAN BAHASA FORMAL 


  1. Penulis perlu mengelakkan kesalahan-kesalahan bahasa dalam ayat-ayat yang ditulis.
  2. Penulis mesti betul dalam aspek ejaan, perkataan, dan  ayat yang betul bentuk serta fungsi menurut tatabahasa.

Bahasa Formal ini diaplikasikan dalam:
  • buku pembelajaran peringkat menengah mahupun rendah serta pengajian tinggi
  • untuk membuat tesis
  • dalam membuat kerja kursus
  • dalam penulisan ilmiah
  • dalam penyampaian ucapan rasmi dan pengacaraan majlis rasmi.
Perkara yang perlu diberikan PERHATIAN!!!

  • meminimumkan atau tidak menggunakan perkataan 'saya' dalam teks.
  • menggunakan kata formal dan kurangkan penggunaan frasa/kata kerja.
  • menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja
  • Jangan gunakan ekspresi emosional
  • Guna perkataan yang ringkas dan pada serta jelas maksudnya (ekspresi abstrak)

PENULISAN SECARA OBJEKTIF

Mengandungi tiga bahagian:

1. PENGENALAN
  • Bermula secara umum dan kemudian memfokuskan kepada sesuatu
  • Menarik minat pembaca supaya terus membaca
  • Memupuk ciri-ciri menyeronokkan, menyampai dan memberi maklumat yang baru
  • Merangsang naluri ingin tahu pembaca
  • Menggunakan ayat mudah, tepat dan menarik
2. ISI
  • Banyak fakta dan maklumat
  • Boleh disertakan dengan statistik
  • Mengandungi sorotan idea
  • Menggunakan kata penghubung
  • Bilangan perenggan bergantung kepada isi
  • Isi disusun mengikut keutamaan
3. PENUTUP
  • Merujuk kepada pengenalan namun lebih jelas

Aplikasi Penulisan Objektif

  • Kerts kerja
  • Buku program
  • Dapatan kajian
Cara menulis objektif
  • Saya melakukan kajian...
  • Kajian ini dilakukan...
  • Saya mencadangkan untuk...
  • Dicadangkan untuk...
  • Dalam esei ini saya akan membahas...
  • Tulisan ini membahas...
PENULISAN YANG JELAS

1.Penulisan yang jelas merupakan satu pencerahan kepada pembaca.
2.Mereka akan lebih memahami sesebuah penulisan tersebut kerana
  • Ayat yang tidak rumit
  • Tidak menggunakan ayat yang panjang berjela-jela
  • Mudah dibaca
  • Ayat yang ringkas dan tidak berbelit-belit
  • Tidak menggunakan perumpamaan dan bahasa kiasan yang berlebihan
  • Menggunakan kosa kata terkini
Boleh diaplikasikan dalam

  • Buku cerita kanak-kanak
  • Buku rujukan
  • Jurnal
  • Pamplet
  • Penulisan Rencana
  • Dalam keratan akhbar







Comments